SEFT merupakan teknik pengembangan diri yang
menggabungkan 14 teknik terapi (termasuk kekuatan
spiritual) untuk mengatasi pelbagai masalah fizikal,
emosi, fikiran, sikap, motivasi, tingkah laku, dan ‘peak
performance’ secara cepat, mudah & universal.
Gabungan 14 teknik terapi yang termasuk dalam SEFT
adalah:
1. NLP – Neuro Linguistic Programming
2. Behavioral Therapy
3. Psychoanalisa
4. Logotherapy
5. EMDR – Eye Movement Desensitization Reprocessing
6. Sedona Method
7. Ericksonian Hypnosis
8. Sugesty & Affirmation
9. Visualization
10. Provocative Therapy
11. Transcedental Relaxation & Meditation
12. Gestalt Therapy
13. Energy Therapy
14. Powerful Prayer
SEFT dapat
digunakan untuk:
• Mengatasi pelbagai masalah fizikal dan emosi
dalam waktu 5-50 minit
• Meningkatkan prestasi dan hasil kerja dengan "SEFT
for Peak Performance"
• Meningkatkan keberuntungan dengan "The Luck
Factor"
• Meraih apa yang kita inginkan dengan "Deep
SEFT"
• Mencapai "Total Success" dengan "The Holistic
Person Empowerment System"
• Meraih kedamaian hati dengan "Personal Peace
Procedure"
• Meraih kebahagiaan dengan "LoGOS Spirit"
MENGAPA SEFT SANGAT EFEKTIF?
Di antara 14 teknik yang
digabungkan dalam SEFT, ada dua teknik utama yang
mendasari SEFT iaitu ENERGY PSYCHOLOGY dan SPIRITUALITY.
Berikut penjelasan ilmiah tentang dua teknik utama
tersebut.
The Science Of Energy Psychology
Energy Psychology adalah bidang ilmu yang relatif baru.
Walaupun embrionya yang berupa prinsip-prinsip Energy
Healing telah dipraktikkan oleh para doktor Cina kuno
lebih dari 5000 tahun yang lalu, tetapi Energy
Psychology baru dikenali meluas sejak penemuan pada
tahun 1980-an. Pada waktu itu Energy Psychology masih
menjadi barang mewah yang hanya dapat dipelajari oleh
terapis berkantong tebal.
Pada pertengahan tahun 1990-an Energy Psychology yang
diwakili oleh Gary Craig dengan EFT-nya ( Gary Craig
disebut sebagai the Ambassador of Energy Psychology)
telah menjadi perhatian orang awam, dan digunakan secara
luas di Amerika dan Eropah. Menurut Dr. David Freinstein:
“Energy psychology applies principles and techniques for
working with the body's physical energies to facilitate
desired changes in emotions, thought, and behavior”
Pengaruh sistem energi tubuh terhadap dimensi “emosi”
inilah yang diteliti oleh Dr. Roger Callahan. Setelah
penemuan pertamanya yang tanpa disengaja bersama client-nya
Mary, Dr. Callahan bereksperimentasi dengan teknik baru
ini.
Eksperimen ini dilakukan dengan tanpa menggunakan jarum
(seperti dalam acupuncture) ataupun menekan secara
berlebihan (seperti dalam acupressure), tetapi hanya
dengan menggunakan ketukan ringan dengan hujung jari
(tapping) pada daerah tubuh tertentu. Dengan eksperimen
ini, Dr. Callahan telah banyak membantu pesakitnya
sembuh dari berbagai masalah psikologi dengan sangat
cepat (dalam hitungan minit).
Dengan penemuan ini akhirnya disimpulkan bahwa:
“Penyebab segala macam emosi negatif adalah terganggunya
sistem energi tubuh" Gary Craig menyebut kesimpulannya
ini “The Discovery Statement”.
The Science Of Prayer &
Spirituality
Secara tradisional, science dan spirituality lebih
sering bententangan daripada sebenar. Kajian pertama
tentang peranan spiritualiti terhadap kesihatan
dilakukan pada tahun 1872 oleh Francis Galton, saudara
sepupu dari bapa teori evolusi, Charles Darwin. Kajian
klasik ini akhirnya berkesimpulan bahawa doa tidak
berpengaruh pada umur orang yang berdoa maupun yang
didoakan. Tetapi, ini adalah teori yang sudah
ketinggalan zaman, kerana menurut pakar kajian
kontemporer tentang doa dan spiritualiti, Bob Barth,
penelitian ini tidak menggunakan standard ilmiah
penelitian moden.
The Office of Prayer Research, satu lembaga yang
didirikan The Parliament of The World's Religions pada
bulan Julai 2004 telah mendokumentasikan dan me-review
lebih dari 500 kajian tentang doa sejak penelitian
Francis Galton di tahun 1872. Hasilnya, terdapat banyak
bukti ilmiah yang mengatakan bahawa doa dan spiritualiti
memang berpengaruh terhadap kesihatan, berikut
terjemahan kutipan dari tiga topik ceramah Dr. Larry
Dossey, MD. :
Dalam sejarah dunia kedokteran, penyakit dilihat sebagai
masalah “fisik”. Timbulnya penyakit disebabkan oleh
tidak berfungsinya atom, molekul, sel, atau organ tubuh,
secara normal. Tubuh, fikiran dan jiwa dilihat sebagai
sesuatu yang terpisah.
Tetapi, bukti-bukti ilmiah, mengatakan bahawa bahkan
pada penyakit yang umum sekalipun, kondisi fikiran,
emosi, sikap, kesedaran, dan doa-doa yang dipanjatkan
oleh atau untuk pesakit sangat berpengaruh bagi
kesembuhannya.
Kesimpulan ini bukan berdasarkan spekulasi filosofis,
bukan pula berdasarkan sesuatu yang bersifat mistik,
atau keyakinan religius, tetapi telah dibuktikan dalam
prosedur penelitian ilmiah yang menjadi jambatan antara
dunia sains dan spiritual.
Larry Dossey MD., adalah seorang doktor perubatan dalam
yang melakukan penelitian ekstensif tentang kesan doa
terhadap kesembuhan pesakit. Penelitian yang sempat
menggoncang dunia kedoktoran barat ini dijelaskan secara
terperinci dan meyakinkan dalam bukunya The Healing
Words: The Power of Prayer and The Practice of Medicine.
Inti pesanan yang ingin disampaikan oleh doktor Dossey
adalah bahawa doa dan spiritualiti, terbukti dalam
penelitian ilmiah, ternyata memiliki kekuatan yang sama
besar dengan pengubatan dan pembedahan.
Sejak bukunya ini diterbitkan pada tahun 1994, kuliah
“Peranan Doa dan Religius dalam Penyembuhan” diajarkan
di 80 fakulti kedoktoran di Amerika.
Spiritual Power + Energy Psychology
Berdasarkan bukti-bukti ilmiah tentang keampuhan Energy
Psychology serta doa dan spiritualiti dalam penyembuhan,
maka penggabungan 2 kekuatan ini menjadi apa yang
dinamakan SEFT. Efek dahsyat dari penggabungan dua
kekuatan ini disebut Amplifiying Effect (efek yang
melipatganda)
MENGAPA SEFT UNIK?
• Efektif, mampu meyelesaikan pelbagai masalah
fizikal dan emosi, bahkan untuk beberapa masalah yang
tidak ada harapan lagi oleh doktor.
• Ilmiah, telah dibuktikan oleh puluhan
penelitian dan digunakan oleh lebih daripada 100000
orang di seluruh dunia.
• Mudah, semua orang, bahkan kanak-kanak dan
orang yang telah lanjut usia boleh melakukannya.
• Cepat, hanya memerlukankan masa 5 – 50 minit.
Kebiasaannya sudah dapat terasa tahap keberkesanan dalam
masa lebih kurang 15 minit.
• Aman, tanpa kesan sampingan, kerana tidak
menggunakan ubat-ubatan, alat-alat khusus, atau teknik
yang berisiko.
• Murah, sekali belajar dapat digunakan selamanya.
• Memberdayakan, tidak bergantung kepada terapis,
setiap orang boleh melakukannya sendiri bahkan boleh
membantu orang lain.
• Universal, dapat digunakan untuk pelbagai
masalah dan dapat dipraktikkan oleh semua tidak kira
apapun latar balakang orang tersebut.
• Compatible, dapat digabungkan dengan
teknik-teknik lain dan dapat meningkatkan keberkesanan
teknik-teknik tersebut.
SEFT® ditemukan oleh Ahmad Faiz Zainuddin dan kini
dikembangkan oleh LoGOS Institute. Kini LoGOS Institute
telah bekerjasama dengan Pro Mind Solutions untuk
mengembangkan SEFT di Malaysia.
PENERAPAN SEFT DALAM PELBAGAI BIDANG
1.Individu – Pengembangan diri, menyelesaikan
pelbagai masalah emosi, fizikal mahupun spiritual
dalam masa yang pantas (kiraan minit)
2.Keluarga – Hubungan suami isteri, dan
mengasuh anak-anak & Funtastic Family
3.Sekolah / IPT – Untuk guru-guru, pensyarah,
pelajar & mahasiswa menyelesaikan permasalahan
mereka
4.Organisasi – Peningkatan prestasi pekerja,
menguruskan konflik & stress, Team Work & Leadership
7.Training, Coaching, Kaunseling & Terapi –
Teknik yang simple & mudah digunakan oleh semua
orang
AMARAN
AKTIVITI SPAM
Pihak MySEFT.com tidak akan
bertolak ansur dengan ahli yang melakukan SPAM. Jika didapati melakukan SPAM, laman web pihak
terlibat
akan diberhentikan serta-merta tanpa notis.